Pages

Thursday, January 28, 2010

SYAHID


.
Segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam, semoga sentiasa tercurah rahmat kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda seluruhnya.

Situasi 1 :
Seorang wanita tua ingin menyertai suatu peperangan. Dia memohon izin kepada panglima Islam untuk turut sama berjihad. Tetapi panglima perang tersebut tidak membenarkan wanita tua itu menyertai peperangan itu kerana wanita tua itu telah sangat tua dan kurang kudratnya. Oleh itu, wanita tua itu pun memberikan helaian rambutnya agar rambutnya itu dapat digunakan jika diperlukan dalam peperangan.

Situasi 2 :
Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun ingin juga turut serta dalam suatu peperangan itu. Tetapi panglima perang tidak mengiizinkan kanak-kanak itu turut serta dalam perang tersebut kerana kanak-kanak itu masih kecil. Kanak-kanak itu pun berkata kepada panglima perang itu bahawa pada akhirat kelak, akan dia buktikan di hadapan Allah SWT bahawasanya panglima perang tersebutlah yang menghalang kanak-kanak itu daripada berjihad pada jalan Allah SWT. Agak terkejut dengan kata-kata kanak-kanak itu, maka panglima perang itu pun mengiizinkan kanak-kanak itu untuk turut serta dalam perang tersebut. Dalam perang tersebut, kanak-kanak itu pun berjuang sehingga mati syahid. Akhirnya jenazah kanak-kanak yang mati syahid itu diambil oleh seekor burung warna hijau dengan menggunakan paruhnya dan kemudian burung hijau itu pun terbang sambil membawa kanak-kanak itu.

Ingin tahu siapa ibu kepada kanak-kanak itu???

Jawapannya, rupa-rupanya wanita tua dalam kisah situasi 1 tadi itulah yang merupakan ibu kepada kanak-kanak itu.

Apabila ditanyakan kepada wanita tua itu tentang apa amalan yang selalu kanak-kanak itu amalkan...
Wanita tua itu pun memberitahu bahawa amalan kanak-kanak yang berusia 7 tahun itu ialah :
-tidak meninggalkan solat jemaah
-tidak meninggalkan solat malam
-dan diakhir setiap kali selepas solat, kanak-kanak itu berdoa agar pada Allah SWT agar dia dapat hidup dalam paruh burung hijau di syurga.


Dari Masruq berkata: "Aku bertanya kepada Abdullah tentang ayat ini "Wa laa tahsabannalladziina qutiluu fii sabiilillaahi amwaatan"
Abdullah menjawab : "Bahawa sesungguhnya saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hal ayat tersebut, baginda Rasulullah SAW menjawab :
"Ruh-ruh mereka berada dalam paruh burung hijau yang bertempat di lampu yang bergantungan di Arsy. Mereka terbang dari suatu kebun syurga ke kebun syurga yang lain dengan sesuka hati, kemudian mereka kembali lagi ke sarangnya. Kemudian, Tuhan menampakkan kepada mereka secara langsung dan berfirman : "Adakah kalian menginginkan sesuatu?". Mereka menjawab : "Adakah kami menginginkan sesuatu lagi padahal kami sudah bebas terbang sekehendak hati dari satu kebun ke kebun syurga yang lain".
Tuhan berbuat yang demikian sampai tiga kali. Maka ketika mereka merasakan bahawa tidak akan ditinggalkan melainkan sesudah meminta, maka mereka berkata : "Ya Tuhan kami, kami ingin agar Engkau mengembalikan ruh kami ke jasad kami sehingga kami gugur lagi di jalanMu untuk kali yang kedua. "
Ketika terlihat mereka sudah tiada hajat lagi, maka mereka ditinggalkan.

(Hadis Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment