Pages

Monday, April 5, 2010

IBLIS LAKNATULLAH



Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

where is muslim




Tuesday, February 2, 2010

MADAH PERJUANGAN


Aku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar..
TUHAN memberiku kaktus berduri..
Aku minta TUHAN seekor kupu-kupu..
TUHAN memberiku seekor ulat bulu..

Aku sedih dan kecewa..
Namun kemudian..
Kaktus itu berbunga indah sekali..
Dan ulat bulu itu berubah menjadi kupu-kupu cantik..
Itulah jalan TUHAN..indah pada masaNya!

TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan..
Tapi TUHAN memberikan apa yang kita perlukan..
Kadang-kadang kita sedih, kecewa dan terluka..
Tapi jauh di atas segalanya TUHAN telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..

Saturday, January 30, 2010

AIR MATA RASULULLAH


Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Thursday, January 28, 2010

JANGAN SEDIH SAYANG,ALLAH BERSAMA-SAMA KITA


Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hamba-Nya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…

KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”

- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

-Surah Yusuf ayat 12

SYAHID


.
Segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam, semoga sentiasa tercurah rahmat kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda seluruhnya.

Situasi 1 :
Seorang wanita tua ingin menyertai suatu peperangan. Dia memohon izin kepada panglima Islam untuk turut sama berjihad. Tetapi panglima perang tersebut tidak membenarkan wanita tua itu menyertai peperangan itu kerana wanita tua itu telah sangat tua dan kurang kudratnya. Oleh itu, wanita tua itu pun memberikan helaian rambutnya agar rambutnya itu dapat digunakan jika diperlukan dalam peperangan.

Situasi 2 :
Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun ingin juga turut serta dalam suatu peperangan itu. Tetapi panglima perang tidak mengiizinkan kanak-kanak itu turut serta dalam perang tersebut kerana kanak-kanak itu masih kecil. Kanak-kanak itu pun berkata kepada panglima perang itu bahawa pada akhirat kelak, akan dia buktikan di hadapan Allah SWT bahawasanya panglima perang tersebutlah yang menghalang kanak-kanak itu daripada berjihad pada jalan Allah SWT. Agak terkejut dengan kata-kata kanak-kanak itu, maka panglima perang itu pun mengiizinkan kanak-kanak itu untuk turut serta dalam perang tersebut. Dalam perang tersebut, kanak-kanak itu pun berjuang sehingga mati syahid. Akhirnya jenazah kanak-kanak yang mati syahid itu diambil oleh seekor burung warna hijau dengan menggunakan paruhnya dan kemudian burung hijau itu pun terbang sambil membawa kanak-kanak itu.

Ingin tahu siapa ibu kepada kanak-kanak itu???

Jawapannya, rupa-rupanya wanita tua dalam kisah situasi 1 tadi itulah yang merupakan ibu kepada kanak-kanak itu.

Apabila ditanyakan kepada wanita tua itu tentang apa amalan yang selalu kanak-kanak itu amalkan...
Wanita tua itu pun memberitahu bahawa amalan kanak-kanak yang berusia 7 tahun itu ialah :
-tidak meninggalkan solat jemaah
-tidak meninggalkan solat malam
-dan diakhir setiap kali selepas solat, kanak-kanak itu berdoa agar pada Allah SWT agar dia dapat hidup dalam paruh burung hijau di syurga.


Dari Masruq berkata: "Aku bertanya kepada Abdullah tentang ayat ini "Wa laa tahsabannalladziina qutiluu fii sabiilillaahi amwaatan"
Abdullah menjawab : "Bahawa sesungguhnya saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hal ayat tersebut, baginda Rasulullah SAW menjawab :
"Ruh-ruh mereka berada dalam paruh burung hijau yang bertempat di lampu yang bergantungan di Arsy. Mereka terbang dari suatu kebun syurga ke kebun syurga yang lain dengan sesuka hati, kemudian mereka kembali lagi ke sarangnya. Kemudian, Tuhan menampakkan kepada mereka secara langsung dan berfirman : "Adakah kalian menginginkan sesuatu?". Mereka menjawab : "Adakah kami menginginkan sesuatu lagi padahal kami sudah bebas terbang sekehendak hati dari satu kebun ke kebun syurga yang lain".
Tuhan berbuat yang demikian sampai tiga kali. Maka ketika mereka merasakan bahawa tidak akan ditinggalkan melainkan sesudah meminta, maka mereka berkata : "Ya Tuhan kami, kami ingin agar Engkau mengembalikan ruh kami ke jasad kami sehingga kami gugur lagi di jalanMu untuk kali yang kedua. "
Ketika terlihat mereka sudah tiada hajat lagi, maka mereka ditinggalkan.

(Hadis Riwayat Muslim)

Wednesday, January 27, 2010

QUNUT NAZILAH


MOHON DIBERI KEMENANGAN KEPADA CALON@ YANG IKHLAS MEMPERJUANGKAN AGAMA ALLAH

Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan
Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.”

Saturday, January 23, 2010

Pesan roh kepada manusia hidup


APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.

Friday, January 22, 2010

Berdakwah lah Dgn Hikmah dan Pelajaran Yang Baik, Jika Diajak Berdebat, Maka Bantahlah Dengan Wajah Berseri, Lemah Lembut Dan Bahasa Yang Sopan


Allah berfirman: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (An-Nahl 16:125)

Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini dalam tafsir nya dengan mengatakan: "Allah swt berfirman memerintahkan kepada RasulNya Muhammad saw untuk menyeru manusia ke jalan Allah swt dengan hikmah"

Ibnu Jarir berkata tentang "hikmah" iaitu Al-Quran dan hadis yg Allah swt turunkan kepadanya". "Dan pelajaran yg baik", termasuk peringatan, teguran dan kejadian2 yg telah dialami oleh manusia (Ath-Thabari (XVII/321). Rasulullah saw diminta utk mengingatkan mereka akan hal itu, supaya mereka lebih berhati2 dan berwaspada dgn azab Allah swt.

Firman Allah swt yg bermaksud "Dan bantahlah mereka dengan cara yg baik". Maksudnya adalah jika ada diantara mereka yg mengajak diskusi dan berdebat, maka hendaklah membantah mereka dengan wajah yg berseri, lemah lembut dan bahasa yg sopan, sebagaimana yg difirman kan oleh Allah swt dlm Al-Quran:

"Dan janganlah kamu berdebat denganAhli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan katakanlah: "Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami hanya kepada-Nya berserah diri."(Al-Ankabuut 29:46)

Oleh kerana itu, Allah swt memerintahkan RasulNya agar lemah lembut, sebagaimana perintahNya kepada Nabi Musa dan Nabi Harun tatkala Allah mengutus mereka pada Fir'aun, yg diabadikan dalam FirmanNya:

"maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut." (Thahaa 20:44)

Dalam Hadis juga Nabi saw ada menceritakan berkenaan penting nya sifat lemah lembut. Rasulullah saw bersabda: "Tidaklah kelembutan terdapat pada sesuatu, melainkan akan membuatnya lebih bagus dan tidaklah kelembutan tercabut darinya, melainkan akan membuatnya buruk" (HR Muslim (2594) dari 'Aisyah r.a)

Firman Allah swt selanjutnya: "Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk".

Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini dengan berkata: "Maksudnya, Allah swt Maha Mengetahui siapa diantara mereka yg selamat dan yg celaka, semuanya telah ditulis dan dia tetapkan. Maka tugasmu adalah menyeru mereka, janganlah kamu binasa kerana sedih terhadap mereka yg sesat. Sesungguhnya, bukan kamu yg memberi hidayah kepada mereka. Kamu hanyalah memberi peringatan atau menyampaikan sahaja. Kami lah yg akan menghisab mereka semua.

PERJUANGAN

Salam..perjuangan.
[sekencang a'diat]
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberi ruang dan peluang dalam menghabiskan sisa-sisa hidup yang moga-moga sentiasa istikomah dalam memperjuangkan agama Allah...
Renungi kematian Ingati Kematian merupakan "trademark"kehidupan saya yang serba daif ini.Ramai yg sering tertanya-tanya,"DAH LAMA AKU HIDUP??"..tak usahlah kita ulangi nya lagi..cuba tanya diri kita balik.."BERAPA LAMA LAGI AKU AKAN HIDUP??"..kn cantik jikalau setiap masa yang sentiasa mencemburui kita diasuh dengan kalimah-kalimah muhasabah sambil lembut membasahi bibir dengan kalimah-kalimah syahdu Illahi..
Cuba kita timbulkan rasa risau dalam hati,,adakah dengan keadaan kita sekarang ini dalam menjuruskan kita ke syurga Allah taala atau bagaimana??Tanya diri dan iman anda...Saya yakin,semua yang bernyawa dan bertindak sebagai hamba Allah taala pasti mengimpikan syurga Allah taala..tetapi yang peliknya..kenapa dan mengapa impian yang dicita-citakan tidak seiring dengan amal perbuatan kita..Adakah masa baki umur yang dianugerahkan kepada kita sentiasa mengikuti telunjuk hati kita...Usah biarkan potensi diri yang terpancar dalam diri disia-siakan dengan begitu sahaja..Oleh kerana tewas dengan desakan hawa nafsu dan iblis laknatullah..kita dengan sewenang-wenangnya dicampakkan kedasar neraka Allah taala..

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA MENJADI PENGANTIN


Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan
maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak
tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka

TIPU DAYA IBLIS




Kata IBLIS - Engkau telah turunkan aku ke bumi dan engkau telah jadikan aku makhluk yang terkutuk. Oleh itu .. berikanlah aku sebuah rumah ..
Firman ALLAH - Rumah mu ialah tempat pemandian ..

Kata IBLIS - Buatlah aku satu majlis ..
Firman ALLAH - Majlis mu ialah pasar-2 dan tempat orang berkumpul di jalan-2 ..

Kata IBLIS - Buatlah aku makanan-2 ..
Firman ALLAH - Makanan mu ialah setiap yang tidak disebut padanya (bismillah) ..

Kata IBLIS - Buatlah aku minuman ..
Firman ALLAH - Minuman mu ialah setiap minuman yang memabukkan ..

Kata IBLIS - Buatlah aku tukang memanggil ..
Firman ALLAH - Tukang memanggil mu ialah seruling (bunyian yang melalaikan) ..

Kata IBLIS - Buatlah aku Al-quran ..
Firman ALLAH - Al-quran mu ialah sya’ir (yang melalaikan) ..

Kata IBLIS - Buatlah aku kitab ..
Firman ALLAH - Kitab mu ialah gambar-2 (lukisan) pada badan ..

Kata IBLIS - Buatlahaku Hdith ..
Firman ALLAH - Hadith mu ialah orang-2 yang bercakap bohong ..

Kata IBLIS - Buatlah aku binatang buruan ..
Firman ALLAH - Binatang buruan mu ialah perempuan (wanita)

"

!

BERHIKMAH DALAM DAKWAH

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab
pertanyaan-pertanyaan
saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya
akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai
orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan
kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan
ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi
dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah

kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah
jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita
semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan
menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan
untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan
neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.