Pages

Tuesday, February 2, 2010

MADAH PERJUANGAN


Aku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar..
TUHAN memberiku kaktus berduri..
Aku minta TUHAN seekor kupu-kupu..
TUHAN memberiku seekor ulat bulu..

Aku sedih dan kecewa..
Namun kemudian..
Kaktus itu berbunga indah sekali..
Dan ulat bulu itu berubah menjadi kupu-kupu cantik..
Itulah jalan TUHAN..indah pada masaNya!

TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan..
Tapi TUHAN memberikan apa yang kita perlukan..
Kadang-kadang kita sedih, kecewa dan terluka..
Tapi jauh di atas segalanya TUHAN telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..

Saturday, January 30, 2010

AIR MATA RASULULLAH


Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Thursday, January 28, 2010

JANGAN SEDIH SAYANG,ALLAH BERSAMA-SAMA KITA


Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hamba-Nya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…

KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”

- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

-Surah Yusuf ayat 12

SYAHID


.
Segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam, semoga sentiasa tercurah rahmat kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda seluruhnya.

Situasi 1 :
Seorang wanita tua ingin menyertai suatu peperangan. Dia memohon izin kepada panglima Islam untuk turut sama berjihad. Tetapi panglima perang tersebut tidak membenarkan wanita tua itu menyertai peperangan itu kerana wanita tua itu telah sangat tua dan kurang kudratnya. Oleh itu, wanita tua itu pun memberikan helaian rambutnya agar rambutnya itu dapat digunakan jika diperlukan dalam peperangan.

Situasi 2 :
Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun ingin juga turut serta dalam suatu peperangan itu. Tetapi panglima perang tidak mengiizinkan kanak-kanak itu turut serta dalam perang tersebut kerana kanak-kanak itu masih kecil. Kanak-kanak itu pun berkata kepada panglima perang itu bahawa pada akhirat kelak, akan dia buktikan di hadapan Allah SWT bahawasanya panglima perang tersebutlah yang menghalang kanak-kanak itu daripada berjihad pada jalan Allah SWT. Agak terkejut dengan kata-kata kanak-kanak itu, maka panglima perang itu pun mengiizinkan kanak-kanak itu untuk turut serta dalam perang tersebut. Dalam perang tersebut, kanak-kanak itu pun berjuang sehingga mati syahid. Akhirnya jenazah kanak-kanak yang mati syahid itu diambil oleh seekor burung warna hijau dengan menggunakan paruhnya dan kemudian burung hijau itu pun terbang sambil membawa kanak-kanak itu.

Ingin tahu siapa ibu kepada kanak-kanak itu???

Jawapannya, rupa-rupanya wanita tua dalam kisah situasi 1 tadi itulah yang merupakan ibu kepada kanak-kanak itu.

Apabila ditanyakan kepada wanita tua itu tentang apa amalan yang selalu kanak-kanak itu amalkan...
Wanita tua itu pun memberitahu bahawa amalan kanak-kanak yang berusia 7 tahun itu ialah :
-tidak meninggalkan solat jemaah
-tidak meninggalkan solat malam
-dan diakhir setiap kali selepas solat, kanak-kanak itu berdoa agar pada Allah SWT agar dia dapat hidup dalam paruh burung hijau di syurga.


Dari Masruq berkata: "Aku bertanya kepada Abdullah tentang ayat ini "Wa laa tahsabannalladziina qutiluu fii sabiilillaahi amwaatan"
Abdullah menjawab : "Bahawa sesungguhnya saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hal ayat tersebut, baginda Rasulullah SAW menjawab :
"Ruh-ruh mereka berada dalam paruh burung hijau yang bertempat di lampu yang bergantungan di Arsy. Mereka terbang dari suatu kebun syurga ke kebun syurga yang lain dengan sesuka hati, kemudian mereka kembali lagi ke sarangnya. Kemudian, Tuhan menampakkan kepada mereka secara langsung dan berfirman : "Adakah kalian menginginkan sesuatu?". Mereka menjawab : "Adakah kami menginginkan sesuatu lagi padahal kami sudah bebas terbang sekehendak hati dari satu kebun ke kebun syurga yang lain".
Tuhan berbuat yang demikian sampai tiga kali. Maka ketika mereka merasakan bahawa tidak akan ditinggalkan melainkan sesudah meminta, maka mereka berkata : "Ya Tuhan kami, kami ingin agar Engkau mengembalikan ruh kami ke jasad kami sehingga kami gugur lagi di jalanMu untuk kali yang kedua. "
Ketika terlihat mereka sudah tiada hajat lagi, maka mereka ditinggalkan.

(Hadis Riwayat Muslim)

Wednesday, January 27, 2010

QUNUT NAZILAH


MOHON DIBERI KEMENANGAN KEPADA CALON@ YANG IKHLAS MEMPERJUANGKAN AGAMA ALLAH

Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan
Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.”

Saturday, January 23, 2010

Pesan roh kepada manusia hidup


APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.

Friday, January 22, 2010

Berdakwah lah Dgn Hikmah dan Pelajaran Yang Baik, Jika Diajak Berdebat, Maka Bantahlah Dengan Wajah Berseri, Lemah Lembut Dan Bahasa Yang Sopan


Allah berfirman: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (An-Nahl 16:125)

Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini dalam tafsir nya dengan mengatakan: "Allah swt berfirman memerintahkan kepada RasulNya Muhammad saw untuk menyeru manusia ke jalan Allah swt dengan hikmah"

Ibnu Jarir berkata tentang "hikmah" iaitu Al-Quran dan hadis yg Allah swt turunkan kepadanya". "Dan pelajaran yg baik", termasuk peringatan, teguran dan kejadian2 yg telah dialami oleh manusia (Ath-Thabari (XVII/321). Rasulullah saw diminta utk mengingatkan mereka akan hal itu, supaya mereka lebih berhati2 dan berwaspada dgn azab Allah swt.

Firman Allah swt yg bermaksud "Dan bantahlah mereka dengan cara yg baik". Maksudnya adalah jika ada diantara mereka yg mengajak diskusi dan berdebat, maka hendaklah membantah mereka dengan wajah yg berseri, lemah lembut dan bahasa yg sopan, sebagaimana yg difirman kan oleh Allah swt dlm Al-Quran:

"Dan janganlah kamu berdebat denganAhli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan katakanlah: "Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami hanya kepada-Nya berserah diri."(Al-Ankabuut 29:46)

Oleh kerana itu, Allah swt memerintahkan RasulNya agar lemah lembut, sebagaimana perintahNya kepada Nabi Musa dan Nabi Harun tatkala Allah mengutus mereka pada Fir'aun, yg diabadikan dalam FirmanNya:

"maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut." (Thahaa 20:44)

Dalam Hadis juga Nabi saw ada menceritakan berkenaan penting nya sifat lemah lembut. Rasulullah saw bersabda: "Tidaklah kelembutan terdapat pada sesuatu, melainkan akan membuatnya lebih bagus dan tidaklah kelembutan tercabut darinya, melainkan akan membuatnya buruk" (HR Muslim (2594) dari 'Aisyah r.a)

Firman Allah swt selanjutnya: "Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk".

Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini dengan berkata: "Maksudnya, Allah swt Maha Mengetahui siapa diantara mereka yg selamat dan yg celaka, semuanya telah ditulis dan dia tetapkan. Maka tugasmu adalah menyeru mereka, janganlah kamu binasa kerana sedih terhadap mereka yg sesat. Sesungguhnya, bukan kamu yg memberi hidayah kepada mereka. Kamu hanyalah memberi peringatan atau menyampaikan sahaja. Kami lah yg akan menghisab mereka semua.